Home » » SIAPA PENGGUNA?

SIAPA PENGGUNA?

Pengguna merupakan seseorang yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semulajadi untuk kepuasan hidup secara umum.

Dalam definisi ini, terdapat tiga konsep penting yang perlu diambilkira:

  • Pertama, apabila kita berbicara tentang pengguna kita merujuk pada seseorang. Dalam konteks ini, daripada raja hinggalah fakir miskin dan daripada yang muda hinggalah tua, adalah pengguna. Ahli perniagaan juga merupakan pengguna. Seorang ahli perniagaan memainkan dua peranan. Sebagai ahli perniagaan, ia merupakan pembekal barangan dan perkhidmatan. Sebagai pengguna, ia merupakan pengguna barangan, perkhidmatan dan sumber semulajadi.
  • Kedua, kita menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semulajadi. Lazimnya, penggunaan secara semulajadi seperti udara dan air yang bersih serta persekitaran yang sihat selalunya tidak dimasukkan dalam mendefinisikan pengguna. Kita tidak seharusnya lupa bahawa kepenggunaan bukan setakat barangan dan perkhidmatan sahaja tetapi juga hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan bersih juga merupakan prasyarat penting untuk kualiti hidup yang sihat.
  • Ketiga, tujuan penggunaan adalah untuk mendapatkan kepuasan bagi keperluan dan kehendak dalam menjalani kehidupan yang selesa secara keseluruhan. Walaupun kita tidak membayar untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma, kita sebagai pengguna berhak untuk menggunakan barangan dan perkhidmatan yang selamat dan memuaskan dalam menjamin kehidupan yang selesa. Satu contoh yang baik ialah perkhidmatan oleh kerajaan. Kerajaan yang memerintah secara demokrasi, adalah menjadi pembekal utama kepada perkhidmatan masyarakat seperti undang-undang dan peraturan, pelaksanaan keadilan dan perkhidmatan lain.




Bakat Pengguna sempena Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna anjuran Consumers Front of Sabah (Cfos) dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P178 Sipitang dan Kelab Peminat dan Pendengar Setia Utara FM ( KPPSUS ) pada 24 Mei 2014 bertempat di Dewan Komuniti, Lumadan


KEMPEN PEMERKASAAN PENDIDIKAN PENGGUNA


Pageviews from the past week

 

Consumers Front of Sabah ( Cfos )
Lot B-10-2, 2nd Floor, Block B, Damas 118 Plaza,
Jalan Pintas, 88200 Penampang, Kota Kinabalu
Email : cfossg1@gmail.com



Copyright © 2013. Consumers Front of Sabah | Persatuan Barisan Pengguna Sabah - All Rights Reserved