Program hiburan berinformasi " Bakat Pengguna " telah diadakan pada malam 27 Februari 2015 sempena dengan kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna. Bakat Pengguna ini adalah merupakan program kedua yang dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah atau cfos untuk memilih wakil Kota Marudu ke pertandingan Bakat Pengguna peringkat negeri.
Bakat Pengguna yang diadakan di Kg Longob adalah anjuran bersama cfos dan Pergerakan Wanita PBS N5 Tandek (Mukim Talantang dan Mukim Tingkalanon) yang dirasmikan oleh Puan Mariana Majinau, Timbalan Pergerakan Wanita PBS Bahagian N5 Tandek, merangkap Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita PBS pusat.