Program memperkasakan pendidikan dan kesedaran pengguna telah diadakan pada 27 Februari 2015 bertempat di Kg Masalog, Kota Marudu. Program dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah atau cfos dengan kerjasama Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah N5 Tandek (mukim Talantang dan Tingkalanon) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bahagian Perundangan JSJ dan trafik IPD Kota Marudu, Bank Rakyat cawangan Kota Marudu dan Community Policing Sabah (COPSA)
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Anita Baranting merasmikan program itu seterusnya melancarkan Skuad Pengguna Luar Bandar cfos yang pertama di Sabah.
Empat ceramah telah diadakan. Antara yang disampaikan ialah :-
1. "Cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat" oleh Faizal Mohamad, Timbalan Pengurus Bank Rakyat cawangan Kota Marudu.
2. "Apa itu GST? Kenapa GST? Apa kesannya terhadap harga barangan setelah diimplimentasikan" oleh Naib Presiden III cfos Mahadir Mohamad Kamal.
3. "Cara untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat" oleh Presiden cfos, Nordin Thani
4. "Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti" oleh Insp Zamri Zakaria, Bahagian Perundangan JSJ IPD Kota Marudu.
Selain ceramah, pameran juga telah diadakan oleh Bank Rakyat, Bahagian Trafik IPD Kota Marudu dan Consumers Front of Sabah.