Bakat Pengguna merupakan program hiburan pertama cfos. Ianya diadakan sempena dengan program Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna dianjurkan bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P178 Sipitang dan Kelab Peminat dan Pendengar Setia Utara FM ( KPPSUS ) pada 24 Mei 2014 bertempat di Dewan Komuniti, Lumadan, Beaufort. Program dirasmikan oleh YBhg Datuk Surinam Haji Sadikun, Ketua Pergerakan Wanita UMNO P178 Sipitang ( mantan pembantu menteri Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah ).
ARTIKEL TERBARU By: Consumers Front of Sabah
BEAUFORT : Kempen Pemerkasaan dan Kesedaran Pengguna
![]() |
TUARAN : Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna - Dewan Terbuka SMK Sri Nangka, Tuaran
Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna anjuran Consumers Front of Sabah dengan kerjasama KPDNKK dan Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah (PEWANIS) telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Sri Nangka Tuaran pada 5 Mei 2014 khas untuk ahli-ahli kelab pengguna SMK Sri Nangka dan ahli-ahli PEWANIS. Program dirasmikan oleh Puan Tah Nia Binti Haji Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Cawangan Tuaran. Penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Puan Rohani Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Sri Nangka bagi pihak Puan Tah Nia.










































