Seminar sempena Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna anjuran Cfos dengan kerjasama KPDNKK dan KPPSUS pada 26 April 2014 bertempat di Bilik Kiansom, Hotel Puri 36, Inanam. Program ini di adakan untuk ahli-ahli kelab pengguna SMK Bandaraya, SMK Agama Tun Ahmad Shah dan SMK Inanam dirasmikan oleh Encik Kasim Anak Mana mewakili Pengarah KPDNKK Sabah, Encik Severinus Tukah.
ARTIKEL TERBARU By: Consumers Front of Sabah
PITAS : Program Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna Daerah Pitas
YB Datuk Bolkiah Ismail, Adun N.3 Pitas merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian kelihatan sedang menerima cenderahati daripada Nordin Thani, Presiden Persatuan Barisan Pengguna Sabah ( cfos ) Merangkap Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara sesi 2013-2014. Seminar sehari itu dirasmikan oleh YB Datuk Bolkiah Ismail dan penutupan serta penyampaian sijil disermpurnakan oleh YBhg Encik Bubudan Bin OT Majalu, Pegawai Daerah Pitas.
Selain seminar, pameran juga diadakan oleh KPDNKK cawangan Kudat dan Cfos. Program sehari tersebut mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang mana Persatuan Bangsa Tombonuo yang diterajui oleh Encik Ah Kian merangkap ExCo cfos dan wakil cfos daerah Pitas telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mempastikan program ini berjaya diadakan. Penceramah terdiri daripada Encik Abdul Rahman Samad, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kuala Trengganu dan daripada KPDNKK Encik Kasim Anak Mana serta Encik Asiki Tarimoh. Sementara itu, radio rasmi cfos telah membawa program ini secara lintas langsung melalui radio online Utara FM.









